Page 41 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 41

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016
                              c.  Melatih  Jurulatih Utama Kurikulum vokasional dan akademik PAV (JUK),
                                 melaksanakan kursus orientasi kurikulum serta modul PdP kepada pentadbir
                                 dan guruPAV.

                              d. Memantau, menilai dan menyediakan laporan            kurikulum merangkumi
                                 tujuan/objektif, latar belakang, dapatan, kesimpulan, cadangan dan tindakan.
                              e. Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau

                                 arahan pihak pengurusan KPM.
                              f.  Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.

                              g. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kurikulum bersama
                                 Jabatan Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 4 kali setahun
                       7.1.3  Lembaga Peperiksaan (LP)

                              a.  Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk
                                 kegunaan guru dan murid PAV.
                              b. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan pengurusan

                                 pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.
                              c. Mengadakan     mesyuarat    penyelarasan    pentaksiran  bersama    Jabatan
                                 Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

                        7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
                              a. Mengkaji dasar pelaksanaan PAV dari semasa ke semasa

                              b. Melapor dan mencadangkan penambaikkan dasar pelakasanaan PAV kepada
                                 bahagian lain dalam KPM.
                        7.1.5 Bahagian Sumber Manusia (BSM)

                              a. Meluluskan norma perjawatan guru PAV
                              b. Meluluskan norma perjawatan Pembantu Am (PAV)
                        7.1.6 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

                              a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma
                                 perjawatan guru vokasional.

                              b. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan guru PAV
                        7.1.7 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
                              a.  Mesyuarat  penyelarasan  bersama  Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan

                                  perancangan, keperluan dan pengurusan latihan guru-guru PAV sekurang-
                                  kurangnya 3 kali setahun
                              b. Melatih guru PAV untuk mendapatkan persijilan yang bersesuaian.

                              c. Melatih guru PAV untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian
                              d. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV


                                                             38
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46