Page 40 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 40

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016
               7. PERANAN AGENSI BERKAITAN
                   Berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan
                   program berkenaan:

                   7.1. Agensi Pusat KPM
                       7.1.1  Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
                              a.  Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk

                                  menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.
                              b.  Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV.

                              c.  Membekalkan guru, melaksanakan kursus orientasi kurikulum dan latihan
                                  kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional bagi
                                  kelas PAV

                              d.  Membekal, melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am N17 bagi
                                  modul vokasional PAV (rujuk surat siaran KP(PPK)018/9Jld.39(47) bertarikh
                                  8 November 2002)

                              e.  Menyebarluas maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake
                                  holders)di KPM melalui taklimat pelaksanaan.
                              f.  Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat umum

                              g.  Menyediakan prasarana dan peralatan bengkel/makmal di sekolah mengikut
                                  keperluan kurikulum.

                              h.  Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan PAV.
                              i.  Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh
                                  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah  JPN berkaitan

                                  pelaksanaan PAV.
                              j.  Menyediakan peruntukan PCG (Peruntukan Geran Perkapita) merangkumi

                                  mata pelajaran vokasional dan akademik bagi kelas PAV
                              k.  Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri
                                  berkaitan perluasan kelas PAV, guru, murid, pembantu am N17, bengkel,

                                  peralatan dan PCG sekurang-kurangnya 4 kali setahun
                       7.1.2  Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
                              a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada

                                 semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum vokasional dan
                                 akademik PAV.
                              b. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP).







                                                             37
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45