Page 37 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 37
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
6. KAEDAH PEMILIHAN SEKOLAH, GURU DAN MURID
6.1. Kriteria Pemilihan Sekolah PAV
6.1.1. Mempunyai kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
6.1.2. Mempunyai peralatan dann bengkel yang hampir menyamai keperluan
pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
6.1.3. Agihan penawaran PAV di negeri-negeri melibatkan semua PPD.
6.1.4. Sekolah yang dipilih mestilah mempunyai feeder-school yang sesuai.
6.1.5. Penawaran kursus PAV perlu pelbagai di setiap negeri.
6.1.6. Terdapat industri sokongan di kawasan sekitar dan kursus PAV bersesuaian
dengan Wilayah Pembangunan Ekonomi.
6.1.7. Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Sukan, Sekolah Seni tidak boleh menawarkan
PAV.
6.1.8. Keutamaan pemilihan diberikan kepada sekolah satu sesi.
6.1.9. Mempunyai guru opsyen MPV yang bersesuaian dengan PAV.
6.2. Kriteria Guru PAV
6.2.1. Guru PAV perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan
memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu diberi latihan intensif
khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional.
6.2.2. Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
6.2.3. Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut:
6.2.3.1. Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, sains dan matematik,
kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang
berkuatkuasa seperti berikut:
Waktu/Minggu Waktu Guru Mengajar/Minggu Norma Baharu
KELAS (a) (b) (b)
(a)
Ting. 1 25 26 0.96
Ting. 2 15 26 0.57
Ting. 3 15 26 0.57
NORMA Guru Jati Diri + Teknologi Vokasional (Ting. 1-3) 2.11 @ 2 guru
34

