Page 2 - BUKU PENGURUSAN PPKI GAPOR 2021
P. 2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dar segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR DENGAN KEPERLUAN KHAS KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP
SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
MISI PENDIDIKAN KHAS
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG
DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA.

