Page 6 - BUKU PENGURUSAN PPKI GAPOR 2021
P. 6

Pengurusan Kewangan
    1. Membuat ABM bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas;
    2. Bertanggungjawab menguruskan kewangan PPKI;
    3. Memastikan semua guru Pendidikan Khas menerima elaun insentif kanak-kanak cacat (BIMKC);
    4. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat pertambahan.
        bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa);
    5. Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum serta memastikan

        tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segera;
    6. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur sedia ada.
    7. Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan
        dan menerima buku resit daripada pengetua/guru besar sebelum membuat kutipan.

    Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
    1. Memastikan pencerapan P&Pguru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke semasa;
    2. Memastikan pengurusan Jadual Waktu Guru Pendidikan Khas disahkan oleh pengetua/guru
        besar;
    3. Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah;
    4. Memastikan guru Pendidikan Khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan P&P serta
        aktiviti berkaitan PPKI;
    5. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Pendidikan Khas untuk menyediakan jadual waktu
        sebelum bermula; sesi persekolahan tahun semasa
    6. Memastikan guru Pendidikan Khas mengajar sepenuhnya di PPKI;
    7. Melaksanakan pencerapan P&P kepada semua guru Pendidikan Khas;

    8. Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan penglibatan semua
        murid PPKI;
    9. Memastikan buku persediaan mengajar dan RPI disediakan dan dikemas kini oleh guru
        Pendidikan Khas.

    Pengurusan Kelas
    1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada
       pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga;
    2. Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan kondusif untuk P&P;
    3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan
        diselenggara dengan baik;
    4. Mencadangkan pembelian keperluan di PPKI kepada pengetua/guru besar untuk membuat
        permohonan peralatan/aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas, JPN melalui
        PPD masing-masing berdasarkan keperluan semasa.


    TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN KHAS
    1. Bertugas sepenuh masa mengajar dan membimbing MBK;
    2. Menjalankan P&P mengikut jadual waktu;
    3. Melengkapkan buku persediaan mengajar setiap hari mengikut format yang ditetapkan;
    4. Menggunakan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku panduan, buku kerja
        dan senarai bahan bantu belajar (BBB) yang terkini;
    5. Melaksanakan pentaksiran dan penilaian murid PPKI; .
    6. Merekod pentaksiran dan penilaian murid;
    7. Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI;
    8. Melindungi masa instruksional (MMI) dipatuhi;

    9. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD;
    10.Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11