Page 5 - BUKU PENGURUSAN PPKI GAPOR 2021
P. 5
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURUBESAR
1. Menubuhkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi dan memastikan berfungsi
sepenuhnya di peringkat sekolah;
2. Memastikan semua guru Pendidikan Khas melaksanakan PPKI dengan berkesan;
3. Menjadikan PPKI sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pengetua/guru besar;
4. Memberi penekanan agar guru Pendidikan Khas melaksanakan P&P di PPKI masing-masing;
5. Menjalankan pemantauan dan pencerapan P&P guru penolong kanan Pendidikan
khas/penyelaras dan guru Pendidikan Khas;
6. Memastikan aspek fizikal bilik darjah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk proses P&P;
7. Membentuk kerjasama yang erat antara ibu bapa MBK dengan sekolah;
8. Menyediakan laporan berkala pencapaian PPKI kepada PPD/JPN.
TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS / PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS
Pentadbiran dan Pengurusan
1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa PPKI Sekolah;
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Kewangan peringkat
sekolah;
3. Menyediakan buku pengurusan dan takwim tahunan PPKI bersama-sama dengan guru-guru
Pendidikan Khas;
4. Merancang dan menyelia perjalanan aktiviti kelas PPKI sepanjang tahun;
5. Mengadakan taklimat mingguan/bulanan bersama-sama guru Pendidikan Khas;
6. Memberi taklimat pengoperasian PPKI terkini kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru tentang pengurusan kelasPPKI;
7. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat guru penolong kanan bersama-sama
pendidikan khas/penyelaras dengan Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta/JPN kepada
pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas;
8. Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menjayakan Program Inklusif;
9. Memastikan fail-fail pengurusan PPKI sentiasa dikemas kini;
10. Menguruskan perjumpaan guru-guru Pendidikan Khas dengan ibu bapa MBK sekurang
kurangnya 2 kali setahun melalui penubuhan Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa PPKI;
11. Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI;
12. Memastikan semua guru, PPM dan murid PPKI berada di perhimpunan mingguan/rasmi
(tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid PPKI);
13. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah diserah kepada
ibu bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah yang berkenaan;
14. Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) hendaklah disediakan pada awal tahun;
15. Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas JPN dan agensi
berkaitan;
16. Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan dihantar ke PPD dan
Unit Pendidikan Khas JPN;
17. Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti SISOKU,
APDM/EMIS/SPS, Tingkatan 1 dan 4, SMPK, SMM, PBS PPKI, LINUS PPKI dan lain-lain;
18. Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM;
19. Mencalonkan nama guru-guru Pendidikan Khas yang belum mengikuti kursus pendedahan PPKI
kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus.

