Page 7 - BUKU PENGURUSAN PPKI GAPOR 2021
P. 7

TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID
    Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

    1. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas;
    2. Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen P&P;
    3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah;
    4. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari
        kawasan sekolah dalam keadaan selamat;
    5. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu;
    6. Mengawasi murid semasa perubahan Pengajaran dan pembelajaran sewaktu guru
        menghadiri taklimat/urusan rasmi;
    7. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga semasa
        urusan ke hospital;
    8. Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid;
    9. Bersama murid semasa perhimpunan rasmi sekolah;
    10. Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur kata dan
         kekemasan diri;
    11.  Membantu menguruskan murid baharu;
    12. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat;

    13. Membantu guru membuat tindakan susulan ke rumah ibu bapa/penjaga murid yang
         bermasalah.

    Pengurusan Khas Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan
    1. Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan
        terurus sebelum dan selepas P&P;
    2. Memastikan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bilik darjah;
    3. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas bangunan pendidikan khas;
    4. Membantu murid menjaga projek PPKI seperti kebun, taman dan lain-lain;
    5. Memastikan terurus semua kemudahan/projek PPKI
    6. Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/bangunan
        pendidikan khas;
    7. Memastikan peralatan yang berbahaya disimpan. di tempat yang selamat;
    8. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan dari

        semasa ke semasa;
    9. Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif;
    10. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih
         boleh digunakan.

    Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
    1. Membantu menyusun fail PPKI dengan teratur dan mudah diakses;
    2. Membantu pengurusan surat-menyurat;
    3. Membantu mengemas kini data murid setiap bulan;
    4. Membantu mengemas kini rekod dan fail murid;
    5. Membantu membuat inventori , peralatan dan perabot di dalam kelas;
    6. Merekod pembelian bahan dan peralatan;
    7. Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12