Page 8 - BUKU PENGURUSAN PPKI GAPOR 2021
P. 8
Pengajaran dan Pembelajaran
1. Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P&P;
2. Membantu dan memasang peralatan elektronik;
3. Membantu membuat salinan (fotostat);
4. Membantu murid menyediakan buku dan alat tulis sebelum P&P;
5. Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat
pendengaran, sistem FM, kanta pembesar, mesin braille dan lain-lain;
6. Membantu mengurus masalah tingkah laku murid semasa P&P sekiranya perlu;
7. Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu;
8. Membantu memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor halus dan kasar.
Pengurusan/Pergerakan dan Pendidikan Khas (Mobiliti) Aktiviti Murid
1. Membantu menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri
untuk ke sesuatu tempat;
2. Membantu murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak;
3. Menjaga keselamatan dan pergerakan murid semasa aktiviti P&P di dalam dan di luar bilik
darjah;
4. Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum;
5. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas arus perdana.
Tugas Sewaktu Cuti Sekolah
1. Memastikan bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat;
2. Memastikan peralatan dan perabot perlu disusun semula;
3. Memastikan tandas selamat dan boleh digunakan;
4. Memastikan semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak;
5. Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan/ perlu diselenggara atau dihapus kira;
6. Memastikan Projek PPKI seperti berkebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik;
7. Membantu kerja-kerja perkebunan seperti menyiram / membaja / menggembur / memangkas /
meracun;
8. Menjaga haiwan peliharaan;
9. Menghubungi guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras sekiranya diperlukan
untuk tindakan segera.

