Page 18 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 18

PROFIL JABATAN


                     PROFIL  JABATAN:  PERSEKITARAN,  PERTALIAN  HUBUNGAN  DAN  TAHAP
                     KEDUDUKAN STRATEGIK


                     Fakulti  Perakaunan  (FPN)  dengan  slogan  fakulti  iaitu  “Leader  in  Accounting  Education”
                     merupakan peneraju utama dalam bidang perakaunan di Malaysia dan merupakan Fakulti
                     tertua di UiTM dimana kewujudannya sudah mencecah lebih 60 tahun. Dengan kekuatan
                     tenaga  akademik  seramai  149  orang  dan  staf  sokongan  seramai  31  orang,  FPN  kini
                     menguruskan      seramai    lebih
                     kurang  3,500  orang  pelajar  pada
                     satu-satu    semester.         Ini
                     membolehkan FPN terus menjadi
                     penyumbang      utama     kepada
                     bilangan  akauntan  Bumiputera
                     bertauliah  sejak  tahun  1956.
                     Pencapaian ini sejajar dengan visi
                     dan  misi  UiTM,    serta  Program
                     Transformasi    Ekonomi    (ETP)
                     untuk  menjadikan  Malaysia  sebagai  sebuah  negara  maju  dengan  sasaran  60,000
                     akauntan tempatan berkelayakan profesional menjelang tahun 2030 (Lampiran P.1). Kini,
                     FPN  menawarkan  pelbagai  program  di  pelbagai  peringkat  pengajian  iaitu  program
                     Diploma,  Ijazah  Sarjana  Muda,  Ijazah  Sarjana,  Doktor  Falsafah  dan  program-program
                     pengajian  profesional  (Lampiran  P.2).  Bagi  memastikan  graduan  FPN  sentiasa  kekal
                     berdaya  saing  di  pasaran  nasional  dan  antarabangsa,  untuk  Perancangan  Strategik
                     2016/2020  Kepimpinan  Kanan  FPN  menetapkan  sasaran  untuk  memantapkan
                     pengurusan  dan  pembangunan  pelajar  yang  memberi  fokus  kepada  pembangunan
                     intelektual, kepimpinan, kerohanian dan kebajikan pelajar.


                     P.1   HURAIAN ORGANISASI

                     a) PERSEKITARAN JABATAN

                     (1) BIDANG TUMPUAN PILIHAN
                     FPN  telah  menjadi  Johan  (Fakulti)  dan juga  Pemenang  Bidang Tumpuan  Pembelajaran
                     dan  Pengajaran  (P&P)  pada  pelaporan  Anugerah  Kualiti  Naib  Canselor  (AKNC)  pada


                                                                 i
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23