Page 22 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 22
Gambarajah P.2: IQRA’ Culture Model - Model Strategik Budaya IQRA’ FPN
Visi dan Misi Fakulti telah dibentuk selaras dengan Visi dan Misi Universiti Teknologi
MARA (UiTM) seperti Gambarajah P.3.
VISI
“Menjadi Pusat Rujukan Utama dan Pemangkin kepada Profesion Perakaunan” (“To become a leading
reference centre and a catalyst to the accounting profession”)
MISI
Pengajaran dan Pembelajaran “Memupuk dan melahirkan akauntan profesional yang kompeten dan
berkebolehan dalam memberikan sumbangan berterusan secara positif terhadap profesion perakaunan
dan juga kepada pihak-pihak berkaitan. Pendidikan dan pengalaman yang disediakan oleh Fakulti
seharusnya menyediakan asas kukuh dalam ilmu, skil, profesionalisme dan nilai-nilai etika yang
membolehkan graduan mempelajari dan mengadaptasi perubahan-perubahan dalam kehidupan
profesional mereka”
Gambarajah P.3: Visi dan Misi FPN
Selain dari mempunyai susun atur tampok kepimpinan, FPN juga menitikberatkan kualiti
dalam penyampaian perkhidmatan. Objektif kualiti menggariskan pencapaian yang perlu
dicapai oleh warga Fakulti dengan mengambilkira halatuju strategik Fakulti yang
berorientasikan penghasilan graduan profesional bumiputera seperti Gambarajah P.4.
v

