Page 19 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 19

tahun  2016.  Pada  pelaporan  tahun  2017  Anugerah  Kualiti  Naib  Canselor  (AKNC),  FPN
                     memilih bidang tumpuan Pembangunan Pelajar. Bidang ini dipilih berdasarkan kekuatan
                     FPN sebagai Fakulti yang menyediakan pelajar yang holistik dan berketerampilan.  FPN
                     mempunyai kapasiti aset yang cukup, dengan kekuatan sumber tenaga kerja dari pelbagai
                     latarbelakang,  berpengalaman  luas  di  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  industri
                     serta mahir dalam bidang pembangunan ihsan.


                     Beroperasi di dua lokasi berbeza adalah merupakan satu kekuatan yang dimiliki oleh FPN.
                     Penempatan  program  diperincikan  kepada  keperluan  dan  kesesuaian  program  yang
                     ditawarkan;  dan  berdasarkan  kepada  keperluan  pembangunan  pelajar,  perancangan
                     strategik UiTM dan permintaan pemegang taruh. Pejabat induk di UiTM Kampus Puncak
                     Alam  menguruskan  program  dalaman  iaitu  Ijazah  Sarjana  Muda,  sementara  di  Menara
                     SAAS di UiTM Shah Alam untuk menguruskan program Ijazah Sarjana, PhD, dan program
                     luaran atau profesional. Persekitaran di kedua-dua pejabat FPN adalah kondusif dengan
                     kemudahan  yang  diberikan  oleh  pihak  UiTM  bagi  membantu  pengurusan  dan
                     pembangunan  pelajar  yang  cekap  dan  berkesan.  Memandangkan  jumlah  permintaan
                     terhadap  program  Ijazah  Sarjana  Muda  bertambah,  kedudukan  strategik  di  Kampus
                     Puncak  Alam  adalah  terbaik  bagi  menampung  jumlah  pelajar  yang  tinggi.    Ini  dapat
                     memastikan pembangunan pelajar dapat berjalan secara lebih teratur dengan kemudahan
                     yang lebih baik dengan kapasiti yang ada. Kedudukan di Shah Alam pula memudahkan
                     pihak FPN berhubung dengan pihak industri dan rakan penganjuran bagi memantapkan
                     lagi proses pembangunan pelajar.


                     Di  UiTM,  Bahagian  Hal  Ehwal
                     Pelajar  (BHEP)  merupakan  nadi
                     pengurusan  pelajar  bagi  seluruh
                     sistem       universiti      untuk
                     menyempurnakan  bidang  tugas,
                     tanggungjawab     dan    fungsinya
                     selaras  dengan  peruntukan  Akta
                     173  dan  Akta  174  sejak  tahun
                     1976  dan  pindaan-pindaannya  di
                     bawah  kawalan  Naib  Canselor
                     UiTM.  Selari  dengan  itu,  BHEP
                     FPN     amat     komited    dalam
                     melahirkan  graduan  yang  mempunyai  Kemahiran  Insaniah  (KI)  yang  tinggi  dan
                     berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global. Peranan ini dimainkan menerusi
                     fungsi  terasnya  (core  business)  iaitu  Pembangunan  dan  Kepimpinan  Pelajar  yang
                     memfokuskan  kepada  (1)  jaringan  industri,  (2)  program  berimpak,  (3)  kejayaan  (rujuk
                     gambar-gambar  kejayaan  di  bawah),  dan  (4)  kebajikan.  Berikut  adalah  antara  graduan
                     yang telah menerima penganugerahan di atas kejayaan mereka:







                                                                 ii
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24