Page 20 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 20
Pelbagai spektrum dan mekanisma penyampaian yang berkesan telah digunakan untuk
pengurusan dan pembangunan pelajar bagi melahirkan graduan dinamik, berkepimpinan,
inovatif dan berani yang bukan sahaja memenuhi kehendak industri malahan
menyumbang kepada pembangunan Negara.
Mekanisma projek ini dibuat melalui mobilasi persatuan-persatuan pelajar yang terdapat di
FPN iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, “Association of
Bachelor Accountancy Students” dan “The Association Professional Accountancy
Students”. Penglibatan, komitment dan sokongan staf akademik dan pentadbiran menjadi
pemangkin dalam memastikan kejayaan projek-projek yang telah dirancang dibawah
projek utama (rujuk Gambarajah P.1). Sebagai contoh, projek “CEO in the Making”
bertujuan melahirkan bakal pemimpin dikalangan pelajar. Oleh itu, keperluan pelajar
antaranya adalah memiliki ciri kepimpinan seperti kemahiran komunikasi, keupayaan
menerap dan menzahirkan nilai-nilai murni seorang pemimpin, serta keupayaan
menyelesaikan masalah.
iii

