Page 88 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 88
6.6 INOVASI PENGURUSAN OPERASI
• Checklist Do-It-Right BHEP
Dalam memastikan kelancaran perjalanan aktiviti
pelajar BHEP telah mewujudkan senarai semak iaitu
Checklist Do-It-Right BHEP. Senarai semak ini
digunapakai bagi program pelajar yang dijalankan di
Fakulti bagi memastikan kelancaran aktiviti bermula dari
permohonan aktiviti sehingga laporan dibuat selepas
aktiviti tamat dijalankan. Senarai semak ini memberi
gambaran penuh dan panduan kepada pelajar
terutamanya dalam menjalankan sebarang aktiviti bagi
memastikan kelancarannya. Senarai semak ini
diwujudkan berikutan senarai semak sedia ada oleh
pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM hanya
memfokuskan kepada senarai semak dokumen yang
perlu ada sahaja tanpa mengambilkira faktor lain dalam
menjalankan aktivti.
• Digital Pre-Registration
Inovasi ini diwujudkan bagi mendapatkan maklumbalas atau respon daripada pelajar sebelum
mencadangkan sesuatu program bagi mendapat anggaran kehadiran. Maklumat daripada
inovasi ini membolehkan pelajar membuat permohonan peruntukan yang lebih tepat dan
menjamin kehadiran bagi
sebarang aktiviti dan
dapat mengelakkan
pembaziran. Inovasi ini
diwujudkan bagi
mengatasi kelemahan
sistem Easy Access
Attendance Management
System (EAMS) yang
digunapakai bagi
mendapatkan kehadiran
secara real time bagi
sebarang program yang
melibatkan pelajar. EAMS
ini biasa digunakan di
seluruh Fakulti dengan
hanya mengimbas kad pelajar dan hanya boleh mendapatkan kehadiran pada hari program
dan bukan sebelumnya.
43

