Page 92 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 92
Gambarajah 7.1 memaparkan jumlah anugerah yang 3
diterima pelajar dari 2015 ke 2017. Peningkatan sebanyak 2
100% dapat disaksikan dengan 2 orang pelajar telah 2
berjaya meraih anugerah ‘Prize Winner’ pada tahun 2017 1 1
berbanding seorang di tahun sebelumnya. Pencapaian 1
tersebut telah menempa nama FPN dan UiTM dikalangan
pihak pemegang taruh. Ianya memperakukan kualiti 0 2015 2016 2017
pelajar FPN yang bertaraf dunia seterusnya membantu
meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan FPN. Gambarajah 7.1: Jumlah Anugerah
Prize Winner bagi 2015-2017
2. Perakuan Platinum Status
Inisiatif strategik Zero to Hero telah membantu FPN mengekalkan status ‘Platinum Approved
Learning Partner’ oleh ACCA yang diperolehi bermula dari Jun 2010. UiTM merupakan satu-
satunya universiti awam di Malaysia yang diberi status tersebut. Untuk mendapatkan status
‘Platinum’, sesebuah institusi perlu menepati sasaran yang ditetapkan oleh ACCA iaitu
antaranya melepasi pencapaian 75% kadar kelulusan dunia untuk enam (6) peperiksaan. FPN
secara konsisten telah berjaya menepati sasaran tersebut dan mengekalkan status berprestij ini
hingga sekarang. Perakuan ini telah mengharumkan dan meletakkan FPN dan UiTM di peta
dunia yang akan menaikkan reputasi akademik FPN.
Pengiktirafan tersebut membuka peluang FPN untuk bekerjasama dengan institusi lain dalam
mencapai inspirasi negara untuk meningkatkan jumlah akauntan
bumiputra seterusnya dapat mensasar ‘feeder’ yang dikehendaki untuk
program profesional di FPN. Sebagai contoh, pada tahun 2017, pihak
Matrikulasi telah bersetuju untuk menawarkan Jurusan Perakaunan
Profesional bermula Jun 2018, di mana pelajarnya akan melanjutkan
pengajian ACCA di FPN di tahun berikutnya. Hasil tersebut membantu
FPN untuk mencapai sasaran KPI enrolmen universiti sebanyak 4500
di tahun 2020.
Keberkesanan OS8 yang menumpukan kepada jaringan industri dapat diukur berdasarkan
kepada pencapaian berikut:
1. Pencapaian QS Ranking
FPN merupakan fakulti yang pertama berjaya meraih kedudukan di dalam QS Ranking diantara
26 fakulti dan pusat akademik di UiTM. QS Ranking tersebut adalah by subject, Accounting &
Finance dan masih mengekalkan kejayaan ini di QS Ranking pada tempat ke 151-200, untuk
tiga tahun berturut turut. Diperingkat kebangsaan, FPN mengikut subjek Accounting & Finance
berada di kumpulan kedua selepas UM, UKM dan UPM bagi tahun 2015, dan masih kekal di
kumpulan kedua selepas UM bagi tahun 2016 dan 2017 seperti gambarajah 7.2. Walaupun
kedudukan ini konsisten, FPN tetap komited untuk melonjakkan kedudukannya ke sasaran
tangga ke 100. Usaha ini terserlah di mana ia sekarang berada di aras yang sama dengan IPTA
tersohor di Malaysia seperti UKM dan UPM, selain UM.
2015 101-150 2016 101-150 2017 101-150
• UM • UM • UM
• UKM • UPM
• UPM 151-200
151-200
151-200 • UKM
• UKM • UPM
• UITM • UITM • UITM
• UUM • UUM • UUM
46
Gambarajah 7.2: QS Ranking Tahun 2015-2017

