Page 91 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 91
HASIL
7.1 PENGENALAN
Agenda perancangan strategik 2016-2020 antaranya menetapkan fokus keutamaan kepada tiga
aspek pengurusan dan pembangunan pelajar iaitu intelektual, kepimpinan, kerohanian dan
kebajikan. Objektif strategik yang ditetapkan berjaya dicapai melalui pelbagai inisiatif tiga
projek utama iaitu Zero to Hero, CEO in the Making dan #jumpadisyurga. Hasil perlaksanaan
objektif dan inisiatif strategik ini menjadikan FPN terus unggul sebagai peneraju utama dalam
pendidikan perakaunan selaras dengan slogan FPN “Leader in Accounting Education”.
7.2 HASIL DARI PELAKSANAAN STRATEGI
7.2.1 Hasil pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik
Melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik di bawah tiga projek utama, lima objektif
strategik bagi bidang tumpuan pembangunan dan pengurusan pelajar seperti di dalam
Gambarajah 2.1 telah berjaya dicapai dengan jayanya.
Keberkesanan OS7 dan OS10 berjaya dicapai melalui hasil berikut:
1. Penganugerahan ‘Prize Winner’
Perlaksanaan inisiatif strategik di bawah projek Zero to Hero seperti GOT-Q, Intensive Revision
Course (IRC), Exam Technique, Transform to Excel, Fun to PRO serta Advisor Day telah
menghasilkan pelajar yang mendapat penganugerahan berprestij tinggi iaitu ‘Prize Winner’ bagi
program profesional. Penganugerahan ini diberikan oleh badan profesional antarabangsa iaitu
ACCA kepada pelajar yang memperolehi skor 85% dan ke atas di dalam peperiksaan akhir.
Kejayaan pelajar FPN bukan sahaja di peringkat nasional tetapi diiktiraf di peringkat dunia. FPN
meletakkan sasaran sekurang kurangnya dua orang pelajar profesional memperoleh
penganugerahan prize winner pada setiap tahun. Pada tahun 2016, pelajar FPN telah berjaya
mendapat tempat pertama di Malaysia, mengalahkan kolej dan universiti di Malaysia dan
keenam dunia. Pada tahun 2017, sekali lagi 2 orang pelajar bagi paper F2 dan MCS berjaya
meraih tempat pertama di Malaysia, sekaligus mencapai sasaran KPI yang ditetapkan iaitu
seramai 2 orang. Jadual 7.1 mempamerkan senarai prize winner semenjak tahun 2009 yang
menjadi kebanggaan FPN.
Jadual 7.1: Senarai Prize Winner FPN bagi Program Profesional
NAMA AWARDS PERINGKAT PEPERIKSAAN
Syuqry Sheikh Ismail CIMA Star Award Graduan Terbaik CIMA 2015
Nurul Nabilah Abdul Jalil P2 Pertama Msia, Jun 2016
Keenam Dunia
Faris Nazmi Bin Shafi’i F2 Pertama Msia 2017
Muhammad Imran Azim Bin Azman MCS Pertama Msia 2017
45

