Page 83 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 83
MODEL PDCA DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN INISIATIF UTAMA
Berikut ialah model Plan, Do, Check, Action (PDCA) bagi proses utama PPP bagi beberapa
inisiatif utama dalam menjalankan aktiviti pelajar. Terdapat banyak inisiatif yang dijalankan
dalam satu projek utama, namun kami hanya memilih beberapa inisiatif sahaja bagi
menzahirkan pelaksanaan model PDCA.
Kami memilih inisiatif IRC dan GOT-P bagi fokus utama Pembangunan Intelektual (Zero to
Hero), inisiatif Finishing School dan APAcS Star bagi fokus utama Pembangunan Kepimpinan
Pelajar (CEO in the Making), dan inisiatif Jejak Asnaf dan Solat Hajat Perdana bagi fokus
utama Pembangunan Rohani dan Kebajikan Pelajar (#Jumpa di Syurga).
1. Pembangunan Intelektual (Zero to Hero)
Inisiatif : GOT-Q (Graduate on Time with Quality)
Program GOT-Q merupakan salah satu inisiatif di bawah program Zero to Hero yang dibuat
bagi menyahut seruan dan amanat Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor pada 18 Februari
2016 yang telah menetapkan sasaran GOT 90% bagi program Diploma dan Sarjana Muda
sebagai KPI untuk dicapai oleh Fakulti. Program GOT-Q memfokuskan kepada pencapaian
pelajar melepasi sasaran GPA > 3.00 pada semester semasa secara konsisten. Pencapaian
GPA > 3.00 secara konsisten ini diyakini dapat melonjakkan pencapaian para pelajar
memperolehi CGPA > 3.00 apabila bergraduat kelak. Kumpulan sasaran untuk program ini
adalah para pelajar bahagian 2-6 yang mendapat GPA < 3.00 pada peperiksaan semester
semasa.
Gambarajah 6.1: Model PDCA Inisiatif GOT-Q
Inisiatif : IRC (Intensive Revision Course)
IRC merupakan satu inisiatif strategik yang dijalankan bagi kursus yang mempunyai
kegagalan yang tinggi melebihi 25%. Program IRC ini akan dikendalikan oleh pensyarah
berpengalaman selama satu hari secara intensif. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar
yang mengambil kursus tersebut. Beberapa program IRC mengikut kursus tertentu telah
dijalankan dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana peratusan kegagalan untuk
kursus terlibat dapat dikurangkan secara signifikan.
38

