Page 4 - BUDAYA SEMANGAT KEJIRANAN
P. 4
Apa itu semangat kejiranan ?
DEFINISI
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang
membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan
dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa
walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia
juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu
Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni
oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah
yang dihuni oleh kita.

