Page 8 - BUDAYA SEMANGAT KEJIRANAN
P. 8

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat kejiranan dapat memudahkan
  kerajaan melaksanakan program pembangunan. Masyarakat yang hidup bersama secara aman
  dapat membenarkan kerajaan melakukan pembinaan tanpa tentangan daripada masyarakat.
  Mereka akan bertoleransi dan menerima tindakan kerajaan secara terbuka. Masyarakat akan
  bekerjasama dan menyokong usaha kerajaan. Sekiranya tiada kerjasama daripada rakyat, maka
  tidak hairanlah program yang dijalankan oleh kerajaan akan gagal. Keadaan ini akan menundakan
  proses pembangunan sebagai negara maju dan memberi impak buruk kepada kita. Adakah kita
  ingin melihat tanah air musnah di tangan kita sendiri? Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah
  mengamalkan semangat kejiranan untuk kebaikan semua.


    Walhasil, setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing
  dan janganlah sesekali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
  masing. Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka
  sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan aradigma yang mementingkan semangat kejiranan.
  Kita tidak seyogianya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati
  dan kenali diri. Semangat kejiranan wajib disemarakkan dalam kalangan masyarakat dan
  dimantapkan lagi. Guru-guru, ibu bapa dan pihak kerajaan juga memainkan peranan vital dalam
  menggiatkan lagi prakarsa dengan memberi didikan, menjadi suri teladan dan mengadakan
  kempen yang melibatkan masyarakat pelbagai usia dan kaum. Dengan ini, masyarakat dapat
  menyedari akan kepentingan semangat kejiranan dan bertindak secara global.
   3   4   5   6   7   8   9