Page 7 - BUDAYA SEMANGAT KEJIRANAN
P. 7

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN





       Malaysia terkenal dengan kaum rakyatnya yang penuh diversiti, bangsa, pakaian tradisi
       dan makanannya. Namun, semangat kejiranan kurang dipraktikkan di negara kita,
       khususnya di bandar. Hal ini kerana rakyat masing-masing mempunyai pekerjaan dan
       sentiasa sibuk sehingga tiada masa menghiraukan jiran sebelah mereka.
        Semangat kejiranan dapat membenarkan masyarakat untuk memupuk semangat
       bekerjasama. Dengan ini, masyarakat dapat berganding bahu dan sama-sama
       mengendalikan sesuatu majlis seperti kenduri, perkahwinan dan kenduri kesyukuran.
       Tugas dapat dibahagikan kepada mereka dan akan menjimatkan masa, kos dan tenaga
       secara tidak langsung. Bertitik tolak daripada itu, mereka akan berbual-bual dan
       mengenali jiran mereka masing-masing. Masyarakat juga dapat menghulurkan bantuan
       kepada jiran yang memerlukan dan perkara ini dapat dilakukan secara gotong-royong.


        Seterusnya, kita dapat menyaksikan betapa pentingnya semangat kejiranan untuk
       melahirkan semangat kekitaan. Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara agar
       keadaan aman dan stabil. Sekiranya masyarakat mengenali jiran pelbagai kaum, maka
       mereka akan berinteraksi dan memupuk hubungan silaturahim yang erat dengan
       menyelami pantang larang, cara hidup, adat dan tradisi kaum lain. Rakyat akan saling
       membantu untuk menjayakan perayaan dan menghormati identiti kaum jiran. Dalam
       konteks ini, masyarakat tidak akan menimbulkan masalah perkauman atau isu sensitif
       yang menggugat hubungan dan keamanan negara serta mengakibatkan huru-hara.
       Masyarakat tentu tidak menginginkan negara lain memandang serong terhadap negara
       kita.


        Sebagaimana yang kita maklumi, semangat kejiranan mampu melahirkan masyarakat
       yang harmoni. Sebagai analoginya, jikalau masyarakat tidak mengenali antara satu sama
       lain, dan berlakunya perselisihan faham antara mereka. Satu pihak tidak bertoleransi dan
       bertengkar dengan jiran sebelah. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya bergaul
       sesama sendiri dan tiada persefahaman. Mereka akan saling berprasangka buruk dan
       bersifat individualistik sehingga menganggu keharmonian. Oleh itu, masyarakat harus
       mendekati jiran dan mengenali mereka dengan lebih mendalam. Mereka boleh mengambil
       inisiatif dengan menyertai Rukun Tetangga yang merupakan kumpulan yang terdiri
       daripada penduduk sesebuah kawasan petempatan.
   2   3   4   5   6   7   8   9