Page 31 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 31

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        BIDANG-BIDANG BERISIKO JENAYAH RASUAH

        Pengurusan Perolehan

        Pengurusan perolehan dalam FELDA merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh
        FELDA. Oleh kerana perolehan awam melibatkan sejumlah besar dana, pengurusan FELDA perlu lebih
        cekap dan mengoptimumkan penggunaan dana agar tidak berlaku jenayah rasuah dan pelanggaran
        prosedur kewangan. Dalam tempoh penubuhan FELDA, terdapat banyak kes melibatkan kepincangan
        dalam pengurusan perolehan di mana melibatkan ketirisan wang kerajaan akibat perbuatan rasuah
        dan pelanggaran prosedur kewangan.  Contohnya jenayah rasuah dan pecah amanah dalam pembelian
        aset seperti pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak dan pecah amanah
        dalam  meluluskan bayaran  kontrak  penternakan  sturgeon  dan pemindahan  teknologi  milik  FELDA
        tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA serta pelbagai bentuk jenayah rasuah dan pecah amanah
        jenayah melibatkan kepentingan perniagaan dan kewangan FELDA.

        Pengurusan Pelaburan Dan Perniagaan

        Tadbir urus korporat secara umum merujuk kepada sistem peraturan,  tatacara kerja dan proses tentang
        bagaimana sesebuah organisasi korporat diteraju serta dikawal.  FELDA terlibat dalam pengurusan
        perniagaan melalui anak-anak syarikat di mana FELDA adalah pemegang saham utama mengawal
        selia perjalanan anak-anak syarikat. Ada anak syarikat yang menghadapi masalah integriti dan tadbir
        urus seperti  masalah  lemah pengurusan  kewangan,  pelaburan  yang merugikan akibat  kelemahan
        tadbir urus  dan masalah jenayah rasuah oleh  pengurusan syarikat.  Akibatnya terpalit kepada
        kewangan dan integriti FELDA. Ada syarikat milik FELDA mengalami kerugian akibat lemah tadbir urus
        dan bukannya prospek perniagaan yang tidak berdaya maju. Oleh itu, amalan tadbir urus korporat dan
        pengurusan yang baik adalah amat penting bagi FELDA mencapai prestasi yang tinggi. Tadbir urus
        korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan
        dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA.

        Campurtangan Politik

        Kertas Putih yang dibentangkan oleh kerajaan di Perlimen oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada
        10 April 2019 jelas memperlihatkan bagaimana campurtangan politik dalam pengurusan FELDA adalah
        salah satu punca menyebabkan FELDA mengalami kerugian dalam aspek pelaburan dan pengurusan
        kewangan  menjadi pincang.  Tugas pengerusi,  ahli lembaga pengarah  dan pengurusan  tertinggi
        FELDA untuk memastikan  jentera FELDA berjalan mengikut  landasan yang ditetapkan di samping
        memperkukuhkan integriti dan tadbir urus terbaik demi menjaga kesejahteraan para peneroka. Mereka
        tidak wajar terlibat terlibat dengan jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib.






















                                                       FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024  19
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36