Page 36 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 36
PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
PELUANG YANG ADA
Beberapa peluang yang mampu memperkukuh inisiatif antirasuah telah dikenalpasti melalui senario
yang dibangunkan.
Berikut adalah antara peluang yang telah dikenalpasti:
• Penilaian Risiko Dan Profil Pada Projek Dana Kerajaan Dan Dana FELDA
Ini meliputi pelbagai mekanisme yang boleh digunakan oleh organisasi untuk menjangka
kebarangkalian rasuah berlaku baik secara dalaman mahupun luaran serta kesannya.
• Penilaian Petunjuk Prestasi Integriti
Untuk warga FELDA dan pemegang taruh dalam mentafsir keupayaan organisasi mengawal
rasuah serta memastikan semua sumber awam dibelanjakan secara bertanggungjawab dan
telus.
• Penggunaan Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Management System (ABMS)
Pelaksanaan secara efektif sistem ABMS akan membantu mengawal atau mengurangkan
berlakunya risiko jenayah rasuah dalam organisasi. Justeru, hal ini akan meyakinkan kawalan
anti sogokan yang mendapat pengiktirafan nasional telah dilaksanakan.
• Pengukuhan Tadbir Urus
Dasar dan amalan baik di FELDA menjadi petunjuk kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Maka penambahbaikan kepada dasar, sistem dan prosedur dalam proses perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan yang lebih mapan amat penting lantaran mampu mengembalikan
keyakinan awam terhadap FELDA.
• Penggunaan Sistem Berasaskan Teknologi Untuk Tujuan Analisis Perolehan
Penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan perolehan akan dapat mengoptimumkan proses
serta capaian strategik. Teknologi secara berterusan akan memacu penambahbaikan proses,
maklumat dan pemahaman yang akhirnya membawa kepada penjimatan.
• Program Pengukuhan Integriti Yang Berterusan
Bagi meningkatkan integriti dan tadbir urus warga FELDA bagi membendung perbuatan jenayah
rasuah dan pelanggaran tatatertib, program atau aktiviti pengukuhan integriti dan pencegahan
rasuah perlu dilaksanakan secara meluas dan berkala.
24 FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024

