Page 27 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 27

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        PEMIKIRAN SALAH ATAU HELAH BELA DIRI PEGAWAI BADAN AWAM TERLIBAT JENAYAH RASUAH

        Seseorang pegawai badan awam yang terlibat dengan jenayah rasuah termasuk di FELDA sering kali
        menggunakan pelbagai alasan atau “helah bela diri” untuk mewajarkan mengapa mereka “terpaksa”
        terlibat dengan perbuatan jenayah rasuah. Antaranya;

        a)  Mencari alasan mewajarkan tindakan dengan memangsakan “pemberi rasuah”

        Seorang penjawat awam atau swasta terlibat jenayah rasuah akan mengatakan jika saya tidak ambil
        suapan rasuah itu, orang lain akan mengambilnya. Mereka juga berfikiran bahawa masyarakat tidak
        ambil peduli pun amalan jenayah rasuah, ramai yang terlepas dan tidak ditangkap.  Ada kalangan
        mereka pula menyatakan dia tidak minta suapan rasuah tetapi orang awam yang berurusan dengannya
        niat ikhlas hendak beri wang atau barang berharga kepadanya.  Katanya apa salahnya, orang memberi
        kita merasa.  Bagi penjawat awam yang ditugaskan dalam agensi penguatkuasaan undang-undang
        selalunya menggunakan alasan helah bela dirinya dengan mengatakan sekiranya saya tidak melakukan
        perbuatan menerima rasuah, saya dan keluarga saya dalam bahaya.

        b)  Setiap pertolongan perlu ada balasan setimpal

        Ada pegawai badan awam yang perasuah mengambil kesempatan ke atas orang awam yang mahu
        urusan mereka disegerakan atau tidak diambil tindakan undang-undang seperti disaman, kompaun
        atau  ditangkap.  Perasuah akan  mengatakan kalau  anda  mahu cepat atau  tidak  diambil tindakan,
        saya perlu buat kerja lebih dan anda perlu mengeluarkan belanja (memberi suapan rasuah). Ada juga
        perasuah menyatakan apa yang saya dapat, jika saya tolong awak. Hal ini membawa maksud bahawa
        dia tidak akan mendapat apa-apa habuan sekiranya dia tolong orang itu.

        c)  Mahu hidup mewah dan dipandang tinggi

        Ada perasuah memegang  prinsip  bahawa  dengan  beri alasan  bahawa  saya  juga perlu  kepada
        kemewahan. Saya akan perolehinya walaupun dengan cara salah termasuk menerima suapan rasuah.
        Saya perlu mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan kemewahan sementara saya ada kuasa
        atau  kedudukan  jawatan  dalam jabatan  atau  syarikat.  Kalau  hendak mengharapkan  gaji  bulanan,
        mana cukup. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan status sosial dalam kalangan
        masyarakat. Dia tidak mahu masyarakat memandang rendah jawatan dan kedudukan yang dia dapat.
        Dia beranggapan selagi dia ada kuasa, dia boleh menentukan apa saja yang mendatangkan keuntungan
        kepadanya termasuk suapan rasuah.

        d)  Menjadikan ketua terlibat jenayah rasuah sebagai ikutan jalan yang salah

        Ada kalangan mereka menyatakan kalau pemimpin atau ketuanya sendiri mengambil suapan rasuah,
        mengapa tidak saya. Tidak adil kalau hanya dia yang untung sedangkan saya yang berpenat lelah
        menjalankan tugas diamanahkan hanya mendapat gaji tetap sahaja. Kalau saya sahaja yang ditangkap
        dan diambil tindakan undang-undang kerana kes rasuah, saya tidak berpuashati dan saya pasti akan
        dedahkan kepada pihak berkuasa yang ketua saya juga terlibat sama.













                                                       FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024  15
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32