Page 38 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 38

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

        Dengan membangunkan senario antirasuah pada masa hadapan, kewujudan watak petugas FELDA
        seperti “Gunting Dalam Lipatan” atau “Musuh Dalam Selimut”  dapat dikesan. Justeru  itu, pihak
        pengurusan  FELDA dapat mengenalpasti  isu dan masalah bagi tujuan untuk memperkukuhkan
        elemen-elemen integriti dan tadbir urus dalam pengurusan organisasi.

        Perbuatan pihak pengurusan dan petugas FELDA yang bersubahat atau bersekongkol dengan pihak
        luar seperti vendor, kontraktor atau peniaga berkaitan dengan projek, program atau bayaran yang tidak
        wajar akan mengakibatkan berlaku perbuatan jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib.

        FACP dilihat ibarat “Indah Khabar Dari Rupa”. Metafora ini digunakan untuk menggambarkan tentang
        pelan anti rasuah yang tampak hebat dibangunkan tetapi tidak memberi impak kepada organisasi.
        Warga  FELDA merasakan  pelan yang diperkenalkan tersebut tidak  mampu untuk bertahan dalam
        jangka masa panjang. Senario boleh berlaku ketika perubahan kepimpinan kerajaan ataupun lemah
        komitmen oleh pengurusan FELDA.

        Penglibatan “Tangan Ghaib”. Tadbir urus yang baik bergantung kepada sistem semak dan imbang.
        Namun, tadbir urus yang baik ini sukar untuk direalisasikan akibat daripada pengaruh tangan ghaib
        dalam  membuat  keputusan. Lebih buruk lagi, dengan  ketiadaan mekanisme mengawal pengaruh
        tangan ghaib atau wahyu, gejala ini akan berterusan.

        Jangkaan  ancaman  terhadap  integriti  dan  tadbir  urus  merujuk  kepada ancaman sistematik  yang
        menggugat nilai-nilai keagamaan, etika dan komitmen perkhidmatan awam terhadap negara.










               “Barang siapa membeli baju sepuluh dirham,

               sedangkan satu dirham sahaja daripada yang
                    sepuluh itu berasal dari sumber haram,
                maka Allah SWT tidak akan menerima solat

           orang tersebut selama baju itu masih dipakainya”.


                                     (Hadis Riwayat Ahmad)

















     26           FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43