Page 37 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 37
PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
RISIKO YANG TERUNGKAI
Senario yang dibangunkan turut mengenalpasti risiko berikut:
• Data dan Maklumat Sebagai Komoditi
Mudah untuk dimanipulasi bagi tujuan kepentingan peribadi.
• Kemerosotan Peranan Media Digital, Perubahan Perisian dan Perkakasan Lapuk
Pengurusan FELDA perlu lebih teliti dalam mengendalikan teknologi digital dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kegagalan dalam mengendalikannya dengan sempurna boleh
mengakibatkan insiden kehilangan data.
• Media yang Prejudis
Menyebarkan maklumat palsu dan mempengaruhi pendapat awam. Perkara ini terjadi apabila
kewartawanan yang bersifat penyiasatan sudah tidak lagi wujud dalam media arus perdana.
Wartawan mula cenderung kepada bidang perhubungan awam dan menulis untuk memenuhi
kehendak pihak berkepentingan.
• Amalan Rasuah Di Awal Perkhidmatan
Amalan rasuah yang terjadi di kalangan warga FELDA yang baru memasuki perkhidmatan dan
kategori pegawai muda mudah terdedah kepada gaya hidup atau kejutan budaya boleh membuka
ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran tatatertib jika tidak dibendung di
peringkat awal.
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Mula Mempersoalkan FELDA
NGO memainkan peranan untuk memastikan kebertanggungjawaban dalam sesebuah
masyarakat. NGO yang berada di ekosistem FELDA atau di luar FELDA mula mempersoalkan
kelemahan tadbir urus dan perbuatan jenayah rasuah di kalangan petugas FELDA dan anak-anak
syarikat.
• Kewujudan ‘Little Napoleons’.
Istilah Little Napoleons tercipta lebih dua puluh tahun yang lalu untuk menggambarkan petugas
FELDA yang ada jawatan tetapi boleh mempengaruhi petugas lain untuk melawan pihak
pengurusan organisasi atau melanggar peraturan. Istilah ini boleh dianggap sebagai sindiran
atau hinaan kerana Napoleon tidak memiliki ciri-ciri tersebut. Golongan ini boleh terus wujud
walaupun dalam sebuah organisasi yang telah melalui proses pengukuhan integriti dan tadbir
urus untuk membendung jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib, melainkan tindakan tegas
diambil untuk mengawalnya.
FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024 25

