Page 16 - Sultan Johor
P. 16
Nilai dedikasi
Sultan Johor merupakan seorang yang
berdedikasi. Baginda berkenan
mengurniakan pelbagai peralatan
perubatan dan keperluan bagi
kegunaan hospital di negeri ini
dalam menangani Covid-19, menerusi
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Menerusi hantaran di laman Facebook
miliknya, baginda mengurniakan 19 unit ventilator bagi kegunaan Hospital Sultan
Ismail (HSI), 24 unit lagi bagi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
termasuk 200 bantal dan cadar.
Nilai bertanggungjawab
Sultan Johor ialah seorang
pemerintah yang
bertanggungjawab untuk menjaga
keamanan dan kebajikan rakyat.
Baginda telah mengumumkan
Kembara Mahkota Jelajah Johor,
dijadikan acara tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal
bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Baginda ketika itu bertitah, Kembara
Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

