Page 12 - Sultan Johor
P. 12

Kemahkotaan Sultan Johor


   Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu


   Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan

   baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada


   raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

   Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula


   dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan


   pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan

   kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]


   Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli

   menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir


   Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan


   Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.

   Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini bakal diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara


   besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat

   utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.


   Istiadat ini akan memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yang mempamerkan tradisi


   gabungan Melayu, Islam dan Barat dalam istiadat itu.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17