Page 11 - Sultan Johor
P. 11

Kerjaya


                                                          Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri

                                                          Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat


                                                          Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan,


                                                          Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan

                                                          Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian


                                                          untuk mempelajari selok belok pengurusan dan

                                                          pentadbiran negeri.






                                                          Sebagai Tunku Mahkota Johor

                                                          Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai


                                                          Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan

                                                          telah berdiam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.


                                                          Baginda pernah menjadi pemangku sultan Johor


                                                          pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika


          ayahandanya,      Sultan     Iskandar     telah

          dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong


          Malaysia yang kelapan. Dalam beberapa tahun

          belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-


          ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan


          fungsi  dari  ayahandanya    yang   telah   tua

          termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja


          kali ke-211 di mana Tunku Ibrahim bersama

          Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah


          mewakili   ayahanda    masing-masing     dalam


          mesyuarat itu.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16