Page 114 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 114

106






               (C)  PENGURUSAN PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION
                     STANDARDS (SSQS)
                     1.    Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.
                     2.    Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang

                           berkenaan.
                     3.    Merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  program-program  peningkatan  budaya
                           ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.



                                     HM16 | Guru Perpustakaan dan Media

                      RUJUKAN
                i.    Surat Pekeliling Ikhtisas  Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3/2005 : Penyelarasan Waktu
                      Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras
                      Pusat Sumber Sekolah).
                ii.   Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2017 : Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk
                      Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

                             TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan  PdP mata  pelajaran yang  ditetapkan  antara  enam (6)  hingga  lapan  (8)
                     waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU lapan (8) hingga sebelas (11)

                     waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami,  menghayati  dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  dan

                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    PGB boleh melantik Guru Perpustakaan dan Media memegang portfolio tanpa jawatan dan
                     menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru  boleh  ditugaskan  secara  bergilir  mengiring  dan  mengawasi  kelakuan  dan
                     keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan,
                     tempat-tempat lawatan dan sebagainya.

               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119