Page 116 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 116

108






                                                  HM17 | Guru Data

                      RUJUKAN
                i.    Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7/2018 : Pelantikan Guru Data di
                      Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


                             TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan tidak melebihi lapan (8) jam seminggu
                     iaitu dua belas (12) waktu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU 16 waktu bagi jadual

                     30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami,  menghayati    dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  serta
                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    PGB  boleh  melantik  Guru  Data  memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan  menganggotai
                     jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru  boleh  ditugaskan  secara  bergilir  mengiring  dan  mengawasi  kelakuan  dan
                     keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan,
                     tempat-tempat lawatan dan sebagainya.

               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.





                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:


               1.    Guru  Data  bertanggungjawab  membantu  pihak  pengurusan  sekolah  dalam  aspek
                     pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
               2.    Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh (7) jam seminggu untuk tugas pengurusan
                     data sekolah.
               3.    Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS)
               4.    Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
                     oleh  Bahagian  KPM,  JPN,  PPD  dan  sekolah  selaras  dengan  pelaksanaan  Prosedur
                     Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
               5.    Melaksanakan  pengumpulan,  pemprosesan,  penyimpanan,  pengeluaran,  pelaporan,
                     pembekalan  dan  penyebaran  data  dan  maklumat  Modul  Pengurusan  Sekolah  (MPS),
                     mengikuti  kaedah  dan  jadual  yang  ditetapkan  yang  berkaitan  dengan  profil  sekolah

                     termasuk fizikal dan maklumat am sekolah.
               6.    Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121