Page 122 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 122

114






               8.    Mengadakan  ujian  setara  dan  kuiz  dan  memasukkan  markah  dalam  buku  persediaan
                     mengajar.
               9.    Menyediakan  soalan-soalan  ujian  dan  peperiksaan  dan  memeriksa  jawapan-jawapan
                     mengikut cara pemarkahan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan prauniversiti

                     Sekolah Sukan Malaysia.
               10.  Memberikan  markah  kerja  kursus  dan  markah  peperiksaan  akhir  semester  kepada
                     setiausaha peperiksaan.
               11.  Menganalisa  keputusan  ujian  dan  peperiksaan  dan  post  mortem  bagi  semua  mata
                     pelajaran.
               12.  Menilai  pencapaian  pelajar  serta  mengesan  kelemahan  dan  kekuatan  bagi  tujuan
                     meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
               13.  Melaksanakan kelas pemulihan, pengayaan dan pengukuhan mengikut kelompok pelajar.
               14.  Menanam semangat kepemimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar.

               15.  Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran.
               16.  Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan
                     Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah.
               17.  Menghadiri mesyuarat panitia yang diadakan oleh ketua unit.
               18.  Mengawasi  peperiksaan  atau  ujian  yang  diadakan  dengan  rapi  untuk  mengelakkan
                     penyelewengan.
               19.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


                     HM22 – GURU PRA U (AMALI)
               1.    Menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal sains prauniversiti.
               2.    Menjalankan  tugas  untuk  memastikan  pengurusan  makmal  sains  adalah  seperti  yang
                     sepatutnya.
               3.    Bilangan waktu mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.
               4.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

                     HM 23 – GURU PRA U (KOKURIKULUM)

               1.    Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat persatuan dan kelab kokurikulum masing-
                     masing sekurang-kurangnya sekali semester.
               2.    Bilangan waktu mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.
               3.    Merancang dan menyelaraskan jadual tugas kokurikulum bagi guru Pra-U.
               4.    Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
               5.    Menyerahkan  jadual  perjumpaan/aktiviti  kepada  GPK  Kokurikulum  untuk  tujuan
                     penyelarasan.

               6.    Memastikan aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dijalankan dengan sempurna.
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127