Page 125 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 125

117






                             TUGAS UTAM   A (UMUM)


               1.     Mengendalikan  PdP  mata  pelajaran  yang  ditetapkan  antara  22  hingga  30  waktu
                      seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu ATAU 29  hingga 40 waktu seminggu bagi

                      jadual 30 minit satu waktu.
               2.     Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
                      semasa serta melaksanakan  pentaksiran  PdP  dan  mengambil  tindakan susulan  yang
                      sewajarnya.
               3.     Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.     Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.     Memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa dengan kelulusan
                      PGB dari semasa ke semasa.
               6.     Guru-guru  boleh  ditugaskan  secara  bergilir  mengiring  dan  mengawasi  kelakuan  dan

                      keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan,
                      tempat-tempat lawatan dan sebagainya.
               7.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

               (A)    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
                      1.      Memahami  dan  mematuhi  pekeliling  dan  arahan  yang  berkaitan  dengan  mata
                              pelajaran yang diajar.

                      2.      Memiliki, memahami, mentafsir dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran.
                      3.      Menyediakan  rancangan  pegajaran  tahunan (RPT)  dan rancangan  pengajaran
                              harian  (RPH)  bagi  mata  pelajaran  yang  diajar  serta  mengemaskinikan  untuk
                              semakan PGB mengikut masa-masa yang ditetapkan.
                      4.      Melaksanakan PdP berdasarkan RPH bagi mata pelajaran yang diajar.
                      5.      Menyedia  dan  memberikan  kerja  latihan  yang  cukup,  memeriksa  buku  latihan
                              murid serta menyerahkannya kepada PGB untuk semakan.
                      6.      Membuat     refleksi,   merancang    penambahbaikan      dan    melaksanakan
                              program/aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam pelaksanaan PdP.

                      7.      Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam bilik darjah dan bilik khas
                              yang diajar dengan bantuan murid.
                      8.      Menyedia dan membangunkan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif.
                      9.      Melaksanakan  tugas  sebagai  guru  ganti  (relief)  sebagaimana  diarahkan  oleh
                              PGB/pentadbir mengikut keperluan.

               (B)    PENGURUSAN PENTAKSIRAN

                      1.      Merancang  penilaian  dan  pentaksiran  murid/program/aktiviti  berdasarkan
                              pekeliling terkini yang sedang berkuat kuasa.
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130