Page 121 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 121

113






               (D)  TUGASAN KHIDMAT MASYARAKAT/SUKARELAAN
                     1.    Merancang  dan  mengurus  penubuhan  jawatankuasa  khidmat  masyarakat/
                           sukarelawan dan menyelia penyediaan dan pembentangan kertas kerja projek.
                     2.    Mengurus permohonan kebenaran ibu bapa atau penjaga.

                     3.    Memastikan dan mengurus aktiviti khidmat masyarakat/sukarelaan dikendalikan oleh
                           pelajar dengan bimbingan guru penasihat
                     4.    Merancang, mengurus dan menyedia program khidmat masyarakat/sukarelaan yang
                           melibatkan kerjasama agensi luar, komuniti sekolah dan masyarakat setempat.



                       HM21 – HM23 | Guru Prauniversiti (Sekolah Sukan Malaysia)


               RUJUKAN
                i.   Buku Panduan Sekolah Sukan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) KPM 2018
                   Jawatan-jawatan guru yang diwujudkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata
                   pelajaran Pra-U Sekolah Sukan Malaysia (SSM)  adalah seperti berikut:
                           HM21.     Guru Pra-U (Akademik)

                           HM22.     Guru Pra-U (Amali)
                           HM23.     Guru Pra-U (Kokurikulum)

                     Namun  begitu  penyandang  bagi  ketiga-tiga  jawatan  ini  boleh  berkongsi  senarai  tugas
                     mengikut budi bicara pentadbir sekolah.

                     HM21 – GURU PRA-U (AKADEMIK)
               1.    Mempunyai  pengetahuan  yang  luas  dan  mendalam  tentang  mata  pelajaran  yang  akan
                     diajar dan sukatan pelajarannya.

               2.    Mengajar  kelas  prauniversiti  sahaja  dan  bilangan  waktu  mengajar  guru  prauniversiti  –
                     sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.
               3.    Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk pengunaan bahan
                     bantu mengajar (BBM) dan jujur semasa menjalankan tugas.
               4.    Menyediakan  rancangan  pelajaran  masing-masing  dan  merekodkan  pengajaran  dalam
                     buku rekod mengajar.

               5.    Merancang kerja rumah agar sesuai dengan kebolehan pelajar.
               6.    Memeriksa buku rampaian pelajar masing-masing.
               7.    Menghantar buku latihan murid kepada Ketua Unit prauniversiti yang berkenaan apabila
                     dikehendaki berbuat demikian.
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126