Page 128 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 128
120
2. Memimpin dan membantu tugas kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran
kepakaran atau bidang pengkhususannya.
3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.
4. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) daripada perkara berikut setiap tahun
iaitu kajian tindakan, penulisan ilmiah, modul pembelajaran, inovasi dan
penemuan baharu dalam mata pelajaran kepakarannya atau bidang
pengkhususannya.
5. Membentang penghasilan di para empat (4) kepada pengurusan sekolah dan
dibudayakan sebagai amalan terbaik sekolah.
6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.
TUGAS UTAMA (KHUSUS)
Terdapat jawatan-jawatan guru mata pelajaran yang mempunyai Tugas Utama (Khusus)
yang tersendiri seperti berikut:
(A) TUGAS-TUGAS PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
BAHASA ARAB
Jawatan-jawatan guru yang terlibat adalah seperti berikut:
HM24. Guru Akademik KSSM Guru opsyen
HM26. Guru Akademik/Mata Pelajaran Am (SM Teknik) bidang
Pendidikan Islam
HM27. Guru Akademik KBT (SABKM/TMUA) dan Bahasa Arab
HM39. Guru Program Integrasi/ Guru Pendidikan Khas
HM29. Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
(Sekolah Model Khas)
HM30. Guru Pendidikan Islam (SBP/SSM/SSeM)
HM31. Guru Dini (KBD)
HM32. Guru Tahfiz (KBT/TMUA)
HM33. Guru al-Quran (KKQ)
1. Merancang dan mengetuai pelaksanaan program kerohanian, dakwah, adab dan
nilai untuk guru-guru, AKP dan murid-murid di dalam dan luar sekolah.
2. Merancang dan melaksanakan program peningkatan sahsiah dan akhlak murid.
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti sambutan hari kebesaran Islam seperti Awal
Muharram, Maulid al-Rasul, Ihya’ Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha, Isra’ Mi’raj, dan
lain-lain untuk guru-guru, AKP dan murid-murid.

