Page 131 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 131

123






                     7.    Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan al-Quran dan aspek kemahiran al-
                           Quran.
                     8.    Mengurus dan mengemaskinikan fail KKQ.

               (B)  TUGAS-TUGAS PENGURUSAN MATA PELAJARAN SUKAN DAN SENI

                     Jawatan-jawatan guru yang terlibat adalah seperti berikut :
                           HM37.      Guru Psikologi Sukan (SSM)
                           HM38.      Guru Unit Sains Sukan (SSM)
                           HM43.      Guru Amali Tingkatan 4 – 5 (SSM/ SSeM)

                           HM37 - GURU PSIKOLOGI SUKAN (SSM)
                     1.    Mengadakan sesi atau program psikologi sukan untuk atlet murid mengikuti sukan
                           masing-masing.

                     2.    Memastikan  atlet  murid  berada  dalam  keadaan  yang  baik  cekal  dan  fokus  untuk
                           menghadapi kejohanan.
                     3.    Memberi khidmat bimbingan psikologi kepada atlet murid yang menghadapi masalah
                           prestasi.
                     4.    Memberi tunjuk ajar asas psikologi sukan kepada jurulatih.
                     5.    Menyediakan modul latihan dari segi psikologi sukan untuk kegunaan jurulatih.
                     6.    Membantu Ketua Bidang Sains Sukan Gunaan melaksanakan khidmat kepada atlet

                           murid secara individu/pasukan.
                     7.    Merekodkan hasil seliaan dan bimbingan atlet murid secara teratur dan berkala.

                           HM38 - GURU UNIT SAINS SUKAN (SSM)
                     1.    Membantu dalam pengurusan latihan atlet murid.
                     2.    Membantu dari analisis atlet murid secara individu/pasukan.
                     3.    Membuat kajian mengenai sukan yang sedia ada dan perkembangannya.
                     4.    Membuat kajian bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi individu/pasukan.
                     5.    Membantu atlet murid untuk latihan kecergasan di gimnasium.

                     6.    Memastikan kerjasama yang baik dengan pegawai dietetik untuk diet atlet murid.
                     7.    Bekerjasama dengan juru fisioterapi untuk memantau atlet murid yang mengalami
                           kecederaan dan langkah yang perlu diambil untuk mencegah.
                     8.    Memberikan  motivasi  dan  taklimat  kepada  atlet  murid  dari  semasa  ke  semasa
                           mengenai pengetahuan sukan dari aspek sains sukan untuk memperbaiki prestasi
                           mereka.
                     9.    Menyediakan modul latihan untuk kegunaan jurulatih.

                     10.  Menyelaraskan dan membantu jurulatih mengaplikasikan aspek sukan dalam latihan
                           atlet murid.
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136