Page 132 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 132

124






                           HM43 - GURU AMALI TINGKATAN 4-5 (SSM/SSeM)
                     1.    Menyediakan bahan dan peralatan seperti yang diperlukan oleh jurulatih.
                     2.    Membantu  jurulatih  semasa  aktiviti  amali  semasa  latihan  yang  melibatkan
                           pengendalian bahan dan peralatan.

                     3.    Memastikan bahan dan peralatan PdP boleh berfungsi dengan baik sebelum kerja-
                           kerja amali dijalankan.
                     4.    Memastikan bahan dan peralatan disimpan semula ke tempat asal dalam keadaan
                           baik.
                     5.    Mengawal dan menyusun atur bahan dan perlatan supaya teratur dan kemas.
                     6.    Membantu  jurulatih  mengenal  pasti  bahan  dan  peralatan  yang  bersesuaian
                           digunakan untuk aktiviti amali.
                     7.    Membantu jurulatih membuat pesanan bahan untuk kegunaan amali di studio dan
                           bengkel amali.

                     8.    Memastikan bekalan bahan dan peralatan di studio dan bengkel amali mencukupi
                           untuk PdP dijalankan.
                     9.    Melaksanakan  semua  langkah  keselamatan  dalam  mengendalikan  peralatan  di
                           studio dan bengkel amali.
                     10.  Memastikan peralatan di studio dan bengkel amali diperiksa dan diselenggara agar
                           boleh berfungsi dengan baik dan selamat.
                     11.  Melaporkan  segala  kerosakan  peralatan  kepada  Ketua  Bidang  Seni/Sukan  yang

                           berkenaan.
                     12.  Memastikan semua peralatan elektrik telah dimatikan sebelum menutup studio dan
                           bengkel amali.
                     13.  Memastikan studio dan bengkel amali dikunci setelah tamat PdP.

               (C)  TUGAS-TUGAS PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS
                     Jawatan-jawatan guru yang terlibat adalah seperti berikut :
                           HM39.      Guru Program Integrasi/Guru Pendidikan Khas
                           HM40.      Guru Kod Braille (SMPKhas/SMPKhas Vokasional)

                           HM41.      Guru Kod Tangan (SMPKhas/SMPKhas Vokasional)

                           HM39 - GURU PROGRAM INTEGRASI/GURU PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Bertugas  sepenuh  masa  mengajar  dan  membimbing  Murid  Berkeperluan  Khas
                           (MBK).
                     2.    Melaksanakan pentaksiran dan penilaian murid PPKI.
                     3.    Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI.

                     4.    Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI seperti yang
                           telah ditetapkan oleh GPK Khas/Penyelaras PPKI.
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137