Page 18 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 18

17





                                                          BAB 1


                              : MAKLUMAT UMUM PENGURUSAN SEKOLAH


                                                   MENENGAH KPM





               1.1  JENIS DAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH KPM


                       RUJUKAN
                         i.   Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
                         ii.  Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ke Empat, Cetakan Pertama 2017.

                      Seksyen  16,  Akta  Pendidikan  1996  [Akta  550]  menyatakan  terdapat  tiga  (3)  kategori
                      institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu:


                        A.   Institusi Pendidikan Kerajaan
                             Institusi  pendidikan  yang  ditubuhkan  dan  diselenggarakan  sepenuhnya  oleh
                             Menteri Pendidikan di bawah Bahagian IV dalam Akta Pendidikan 1996.

                        B.   Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan
                             Institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan

                             penuh.

                        C.   Institusi Pendidikan Swasta
                             Institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau
                             bantuan kerajaan.

                     Pendidikan menengah rendah adalah untuk murid-murid yang berumur 13 hingga 15 tahun
                     (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) dan diberikan pendedahan pelbagai bidang ilmu
                     dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


                     Pendidikan menengah atas disediakan kepada murid-murid berumur 16 hingga 17 tahun
                     (Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima) menjurus kepada aliran sastera, sains, agama,
                     teknik, vokasional dan kemahiran termasuk menyediakan murid-murid untuk melanjutkan
                     pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam pekerjaan.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23