Page 20 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 20

19






                           d)   di mana kemudahan bagi pengajaran
                                •   bahasa  Cina  atau  Tamil  hendaklah  diadakan  jika  ibu  bapa  sekurang-
                                    kurangnya 15 orang murid di sekolah itu memintanya;
                                •   bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah

                                    dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya 15
                                    orang murid di sekolah itu memintanya;
                                •   bahasa  Arab,  Jepun,  Jerman  atau  Perancis  atau  mana-mana  bahasa
                                    asing  lain  boleh  diadakan  jika  didapati  munasabah  dan  praktik  berbuat
                                    sedemikian; dan
                           e)   yang  menyediakan  murid  bagi  apa-apa  peperiksaan  sebagaimana  yang
                                ditetapkan,  dan  termasuklah  mana-mana  sekolah  sedemikian  yang
                                menyediakan kelas peralihan.


                     B.    Sekolah Khas - Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
                           Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan khas yang ditetapkan melalui
                           peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41, Akta Pendidikan 1996 [Akta
                           550];
                           Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas:
                           (a)   Tertakluk  kepada  subseksyen  (2)  dan  (3),  Menteri  boleh  melalui  peraturan-
                                peraturan menetapkan –

                                 •  tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan
                                     murid yang menerima pendidikan khas;
                                 •  kurikulum  yang  hendaklah  digunakan  berhubungan  dengan  pendidikan
                                     khas;
                                 •  kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan rendah yang sesuai
                                     bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
                                 •  apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu
                                     bagi maksud bab ini.
                           (b)   Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh

                                kurang  daripada  tempoh  minimum  pendidikan  rendah  atau  menengah,
                                mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah akta ini.
                           (c)   Kurikulum  yang  ditetapkan  di  bawah  perenggan  (1)(b)  hendaklah mematuhi
                                kehendak Kurikulum setakat yang semunasabahnya praktik.

                     C.    Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
                           SBP diwujudkan bertujuan meningkatkan keterampilan, daya saing dan kepimpinan

                           murid ke arah melahirkan modal insan berkualiti, menyediakan 70 peratus tempat
                           kepada murid luar bandar dan murid daripada keluarga isi rumah B40 dari seluruh
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25