Page 22 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 22

21






                     Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah menengah yang  menggabungkan sebahagian
                     atau sepenuhnya Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah seperti berikut:

                      A.    Sekolah Model Khas (SR + SM)

                            Sekolah  Model  Khas  ialah  penggabungan  pendidikan  rendah  dan  menengah  di
                            bawah satu bumbung di peringkat Tahap II, (Tahun 4, 5 dan 6), dan dari Tingkatan
                            1  hingga  5  di  bawah  pentadbiran  Pengetua  sekolah  menengah  yang  dapat
                            meningkatkan  akses,  ekuiti  dan  kualiti  pendidikan  kepada  murid  miskin  yang
                            berpotensi khususnya di kawasan luar bandar.

                      B.    Sekolah Model Khas Komprehensif K9
                            Sekolah  Kebangsaan  (Asli)  yang  menggabungkan  pendidikan  rendah  dan
                            menengah di bawah satu bumbung dari Tahun 1 hingga 6 dan peringkat menengah

                            rendah dari Tingkatan 1 hingga 3 di bawah pentadbiran Guru Besar sekolah rendah
                            bertujuan menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun 6 ke Tingkatan
                            1 serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang Murid (SKM) digunakan secara
                            optimum  selain  dapat  menjimatkan  kos  perbelanjaan  membina  sebuah  sekolah
                            menengah yang baharu.

                      C.    Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

                            SBJK  menyediakan  akses  pendidikan  formal  kepada  kanak-kanak  jalanan  yang
                            merupakan salah satu daripada kumpulan kanak-kanak terpinggir di negara ini agar
                            mereka dapat berdikari dan tidak menjadi bebanan kepada masyarakat setempat
                            serta negara pada masa hadapan.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27