Page 19 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 19

18






                     Pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas adalah untuk memastikan
                     murid mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, mempunyai nilai jati diri
                     kenegaraan  yang  tinggi serta menguasai  sekurang-kurangnya  dua  bahasa  utama,  iaitu
                     bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


                     Program  Tingkatan  Enam  KPM  adalah  untuk  menyediakan  peluang  pendidikan
                     prauniversiti yang mantap dan berkualiti melalui sukatan pelajaran, spesifikasi ujian dan
                     pentaksiran  yang  menepati  piawai  bagi  meningkatkan  keupayaan  diri  murid  dari  segi
                     intelektual, daya kepimpinan, jati diri dan semangat yang tinggi sebagai persediaan untuk
                     melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

                     Pelaksanaan  kegiatan  kokurikulum  di  semua  sekolah  adalah  wajib  dan  bagi  sekolah
                     menengah bermula dari tingkatan 1 termasuk peralihan hingga tingkatan 6;


                     Program pendidikan bagi murid berkeperluan khas pula adalah yang sesuai dan relevan
                     dengan  kebolehan  masing-masing  agar  dapat  berdikari  di  samping  memastikan  murid
                     berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di
                     dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

                     Murid berkeperluan pendidikan khas boleh dilanjutkan kepada satu tempoh seperti yang

                     berikut:
                             a)  tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah; atau
                             b)  tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah; atau
                             c)  satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah.

                     Pendidikan  bagi  murid  berkeperluan  pendidikan  khas  yang  mengikuti  pendidikan
                     vokasional  di  sekolah  menengah  pendidikan  khas  vokasional  boleh  dilanjutkan  bagi
                     tempoh satu tahun lagi.


                     Sekolah-sekolah menengah KPM yang menawarkan sepenuhnya pendidikan menengah
                     adalah seperti berikut:

                     A.    Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
                           Sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan:
                           a)   yang  menyediakan  kursus  pendidikan  menengah  selama  lima  tahun  yang
                                sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;

                           b)   yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
                           c)   yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24