Page 24 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 24

PERILAKU MURID

                   Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/2001

                   a)     Murid  hendaklah  sentiasa  patuh  kepada  peraturan  sekolah,  menghormati  guru-
                          guru, pengawas-pengawas, rakan-rakan dan ahli masyarakat dalam sekolah yang
                          laindan sentiasa memberikan kerjasama antara satu sama lain.

                   b)     Murid  hendaklah  sentiasa  berkelakuan  sopan  dan  memberi  salam  atau
                          mengucapkan selamat sesama ahli masyarakat sekolah dan pelawat.


                   c)     Murid hendaklah berdiri tegak dan menghormati Lagu Kebangsaan, lagu Negeri
                          dan juga Lagu Sekolah.


                   d)     Murid-murid hendaklah beratur dan berjalan pantas dalam barisan dengan senyap
                          untuk ke bilik darjah, makmal, bengkel, pusat sumber, padang atau mana-mana
                          tempat di mana aktiviti dijalankan.

                   e)     Untuk  memastikan  kelas  sentiasa  dalam  keadaan  harmoni,  murid  hendaklah
                          sentiasa bersedia dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran
                          dan  pembelajaran  tanpa  menimbulkan  sebarang  masalah  disiplin  atau  masalah-
                          masalah lain.

                   f)     Murid  hendaklah  mematuhi  peraturan-peraturan  tempat  atau  bilik-bilik  khas
                          seperti  tempat  perhimpunan,  dewan,  pejabat  sekolah,  bengkel,  surau,  pusat
                          sumber,  bilik  kaunseling,  bilik tayangan  serta  mana-mana  bilik-bilik  khas  yang
                          lain.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29