Page 27 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 27

BAHAGIAN 6

                                                 BILIK DARJAH / KELAS

                   6.1  KELUAR BILIK DARJAH


                   a)     Murid hanya dibenarkan keluar dari kelas setelah mendapat kebenaran daripada
                          guru yang berada dalam kelas murid berkenaan  pada waktu itu.

                   b)     Murid yang keluar dari kelas hendaklah mendapatkan PAS KEBENARAN
                          KELUAR KELAS daripada guru yang berada dalam kelas murid berkenaan.

                   c)     Hanya dua orang murid sahaja yang dibenarkan  kelaur dari kelas pada satu-satu
                          masa.

                   d)     Setiap murid dilarang berada di luar kelas masing-masing pada waktu ketiadaan
                          guru atau Ketika guru belum sampai ke kelas.


                   e)     Pergerakan murid ke bilik-bilik lain ( seperti makmal computer,bengkel,
                          perpustakaan) atau ke padang hendaklah dalam keadaan tertib, bersopan dan
                          senyap. Ketua kelas hendaklah memastikan bahawa semua murid telah bersiap
                          sedia beratur( berdua-dua) sebelum membenarkan mereka bergerak secara
                          kumpulan ke tempat yang dituju.

                   f)     Semua murid adalah tertakluk dan dikehendaki mematuhi peraturan -peraturan
                          khas yang disediakan apabila berada di bilik -bilik khas( seperti makmal sains,
                          bengkel kemahiran hidup, perpustakaan bilik kaunseling dan sebagainya.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32