Page 29 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 29
7.8 Murid-murid dilarang sama sekali bermain atau berkejar-kejaran dan membuat
bising di persekitaran sekolah.
7.9 Murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah akan diambil tindakan
disiplin atau tindakan tatatertib dan namanya akan dicatatkan dalam buku rekod
disiplin dan dimasukkan juga ke dalam Rekod Sistem Salahlaku Disiplin (SSDM)
yang akan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan
Negeri.
TATACARA DI KANTIN
a) Murid dikehendaki beratur dengan senyap dan berdisiplin Ketika membeli
makanan
b) Arahan daripada Pengawas bertugas hendaklah sentiasa dipatuhi.
c) Murid hendaklah duduk di tempat yang disediakan dan makan dengan tertib dan
sopan. Elakkan perbuatan mengotorkan meja dan kerusi tempat makan.
d) Setelah selesai makan, bersihkan tempat makan dan letakkan pinggan, mangkuk,
cawan/gelas, sudu dan garpu ditempat yang disediakan.
e) Murid dilarang membawa keluar makanan dan minuman dari kawasan kantin.
f) Murid dilarang berada dikantin pada waktu pengajaran-pengajaran, kecuali
dengan kebenaran bertulis daripada Guru besar atau wakilnya atau Bersama-sama
dengan guru kerana urusan yang berkaitan dengan pembelajaran.

