Page 28 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 28
BAHAGIAN 7
WAKTU DAN TEMPAT REHAT
Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1988
7.1 Waktu rehat bagi tahap 1 dan 2 adalah berbeza. Oleh itu, murid-murid hanya
dibenarkan rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir
sekolah sahaja.
7.2 Untuk sesi pagi, waktu rehat bagi tahap 2 adalah 9.30 pagi hingga 10.00 pagi dan
10.00 pagi hingga 10. 30 pagi.
7.3 Untuk sesi petang, waktu rehat bagi tahap 1 adalah 3.15 petang hingga 3.35
petang dan 3.45 petang hingga 4.05 petang.
7.4 Murid –murid mesti berada di kantin pada waktu rehat. Murid-murid adalah
dilarang sama sekali berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat.
7.5 Murid-murid hendaklah beratur semasa membeli makanan di kantin. Makan
dengan tertib dan sopan. Murid dilarang membawa makanan keluar dari kantin
walaupun makanan dibungkus. Selepas makan, murid-muird dikehendaki
meletakkan bekas makanan seperti pinggan mangkuk dan juga bekas minuman
(gelas / cawan) ke dalam bekas yang telah disediakan.
7.6 Semua plastik pembungkus minuman atau kertas pembungkus makanan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di persekitaran kantin
sekolah.
7.7 Murid mestilah menggunakan waktu rehat dengan sebaik mungkin dengan
melakukan aktivit-aktiviti yang berfaedah atau menyiapkan kerja sekolah. Murid-
murid amat digalakkan untuk membaca di perpustakaan sekolah.

