Page 55 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 55
Sedia, Jaring, Gol!
Kemenangan sesuatu pasukan dalam permainan bola jaring ditentukan oleh jumlah
gol yang dijaringkan. Oleh itu, pemain haruslah menguasai kemahiran menjaring
dari pelbagai jarak dalam bulatan gol. Hanya pemain yang berperanan sebagai
penjaring gol (GS) dan penyerang gol (GA) dibenarkan menjaringkan gol dalam
bulatan gol kawasan menyerang. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang harus
ada pada pemain GS dan GA agar pasukannya mempunyai lebih peluang untuk
menang? Tahukah anda bahawa pemain remaja Fadzlun Abas telah dinobatkan
Cara
Bermain
sebagai ‘The Best Shooter’ di World Junior Netball Championships pada tahun
2000 dan 2001? Faktor-faktor seperti cara menangkap bola oleh penjaring,
kedudukan penjaring dan pengadang, percubaan menjaring boleh dilakukan dari
mana-mana tempat dalam bulatan gol dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan atau sebelah tangan secara statik atau gerak selangkah dari pelbagai
Cara
Bermain
jarak. Mari kita sama-sama tingkatkan kemahiran menjaring melalui permainan
‘Sedia, Jaring, Gol!’ di bawah.
Cara
Bermain
Kategori Serangan
Saya perlu mengambil
selangkah ke belakang
3
• Murid dibahagikan kepada dua untuk menjauhi pengadang
kumpulan kecil berempat. sebelum menjaring.
• Bola dimulakan dari kawasan
Cara
yang ditetapkan oleh
Bermain
pasukan penyerang.
• Pasukan menyerang hanya
dibenarkan menjaring selepas
tiga hantaran kepada
rakan sepasukannya.
• Sekiranya bola berjaya dimiliki
Cara
TOUCH
oleh pihak lawan, bola tersebut
Bermain
DOWN
hendaklah dimulakan semula
di kawasan permulaan tadi oleh
kumpulan menyerang.
Apakah yang harus anda
lakukan sekiranya bola
gagal dijaringkan?
1. Bilakah situasi anda menggunakan kemahiran menjaring statik dan menjaring
gerak selangkah?
2. Mengapakah menjaring bertambah sukar apabila diadang?
46

