Page 53 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 53
Watch Your Step!
Kemahiran gerak kaki dalam bola jaring adalah penting semasa pemain menerima
bola sebelum dihantar cepat kepada rakan, sebelum menjaringkan gol, atau semasa
mendarat selepas menangkap bola di udara. Gerak kaki yang betul juga dapat
membolehkan pemain menukar arah dengan pantas agar dapat menghantar bola
dengan cepat ke rakan sebelum pihak lawan dapat mengadang dengan berkesan.
Gerak kaki yang melanggar undang-undang permainan boleh menyebabkan
satu hantaran percuma diberikan kepada pihak lawan. Kemahiran gerak kaki boleh
dilakukan dengan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki, sebelah
kaki, atau satu setengah langkah setelah menangkap bola. Pemain digalakkan
melakukan pivot untuk menghala ke arah hantaran yang sesuai, di samping dapat
Cara
Bermain
mewujudkan lebih ruang yang selamat daripada pengadang. Tingkatkan kemahiran
gerak kaki anda melalui permainan ‘Watch Your Step’.
Cara
Bermain
Saya perlu tahu kaki
mana yang mendarat
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dahulu semasa
kecil dengan sebiji bola. menerima bola.
Kategori Serangan
• Kumpulan menentukan siapa memulakan
permainan dahulu melalui lambungan
Cara
3
duit syiling.
Bermain
• Kumpulan yang memiliki bola akan cuba
menghantar bola kepada rakan sambil
melakukan gerak kaki yang dibenarkan
bagi setiap hantaran dalam tempoh
dua minit.
• 1 mata diberikan bagi setiap gerak kaki yang
Cara
Bermain
dilakukan dengan betul dan 1 mata bonus
diberikan jika pemain melakukan pivot.
Di manakah arah pusingan
yang harus anda lakukan
semasa pivot?
Cara TOUCH
Bermain
DOWN
Glosari
Pivot - Pergerakan ini perlu apabila pemain yang menerima bola ingin berpusing
dan bersedia untuk melakukan hantaran. Pivot boleh dilakukan dengan
berpusing di atas bebola kaki untuk menjauhi pengadang.
44

