Page 51 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 51
Simpan Saya
Permainan bola jaring memerlukan kemahiran menghantar bola dan menerima
bola dari pelbagai arah dan aras. Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan agar bola
dapat diterima oleh rakan dengan tepat dan selamat. Jenis hantaran bergantung
kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola. Pemain harus belajar bila dan
ke mana untuk menghantar bola serta jenis hantaran yang sesuai digunakan. Antara
jenis hantaran yang boleh dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu,
hantaran atas kepala, hantaran lantun, dan hantaran sisi.
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan. Dalam
situasi permainan, bola akan datang dari pelbagai arah dan aras. Bola boleh diterima
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan. Kemahiran
menerima yang tidak berkesan boleh menyebabkan ritma serangan tergendala dan
pihak lawan berpeluang memiliki bola semula.
Cara
Bermain
Bilakah anda menerima
bola dengan kedua-dua
belah tangan atau sebelah
tangan? Bagaimanakah
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil bertujuh. anda menentukannya?
Kategori Serangan
Cara
• Setiap kumpulan diberikan tiga biji bola.
Bermain
• Apabila wisel dibunyikan, murid yang mempunyai bola
3
perlu menghantar bola kepada rakan sepasukan yang
berada di pelbagai arah. Pada masa yang sama, murid
yang tiada bola perlu memintas hantaran bola daripada
pihak lawan.
• Mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk
Cara
mendapatkan bola sebanyak yang mungkin dengan
Bermain
menggunakan pelbagai kemahiran menghantar dan
menerima bola. Mereka tidak dibenarkan memegang
bola melebihi dari 3 saat, berlari dengan bola, atau
merampas bola daripada tangan pihak lawan.
Saya harus fokus dan
Cara mencari ruang kosong
Bermain untuk menerima bola dari
pelbagai arah dan aras.
Nadi Ilmu
Cara TOUCH
Kemahiran menerima bola:
Bermain
DOWN
•
Semasa menerima bola, mata berfokus pada bola.
• Tangan dihulurkan ke hadapan.
• Rapatkan tangan ke dada setelah menerima bola.
1.4.1, 1.4.2, 2.4.1, 2.4.2, 5.4.1
42

