Page 121 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 121
4.2.1 Melakar Papan Cerita
Papan cerita ialah satu siri lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan
skrin suatu laman sesawang. Papan cerita berfungsi sebagai satu set susunan bahan grafi k
dalam bentuk ilustrasi atau imej yang akan dipersembahkan sebagai animasi, grafi k bergerak
atau media interaktif.
Papan cerita dapat memberikan suatu gambaran visual kepada pengatur cara dan
membolehkannya menjalankan tugas mengatur cara dengan lebih teratur. Papan cerita
digunakan untuk menggambarkan reka bentuk dan reka letak antara muka bagi setiap
paparan yang akan dibina supaya interaksi antara pengguna dengan laman sesawang lebih
mesra. Selain itu, papan cerita akan menentukan aliran navigasi sesuatu laman sesawang.
Sebelum anda mula membina laman sesawang, anda harus melakarkan papan cerita
laman sesawang terlebih dahulu. Rajah 4.9 menunjukkan kebaikan melakar papan cerita.
Langkah ini penting dan akan memudahkan pembinaan laman sesawang. Selain itu, semasa
melakarkan papan cerita, kita dapat merancang dan membayangkan maklumat yang harus
dimasukkan ke dalam laman sesawang tersebut. Rajah 4.10 menunjukkan panduan melakar
papan cerita laman sesawang.
Guru Buku rujukan
Mengetahui bilangan
laman sesawang
yang diperlukan.
Memberikan Mengetahui
penjelasan Melakar maklumat
kasar tentang papan yang harus
struktur laman cerita dimasukkan.
sesawang.
Mengetahui aliran antara
laman sesawang.
Laman sesawang
Rajah 4.9 Kebaikan melakar papan cerita
112
BAB 4 Kod Arahan
UNIT04_4.2_111-130.indd 112 11/11/16 2:45 PM

