Page 79 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 79

3.1           Pembangunan Algoritma
                 Pada akhir pembelajaran,
                 murid boleh:
                 •  menulis pseudokod
                   dan melukis carta alir   Setiap masalah boleh diselesaikan dengan melaksanakan satu
                   pelbagai pilihan dalam   siri tindakan mengikut urutan yang tertentu.  Tatacara yang
                   penyelesaian masalah.  menyatakan
                 •  menulis pseudokod dan   •  tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dan
                   melukis carta alir yang   •  urutan tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
                   melibatkan ulangan.       dikenali sebagai algoritma.
                 •  mengesan ralat
                   daripada pseudokod        Algoritma dalam pengaturcaraan komputer menyatakan
                   dan carta alir dalam   dengan jelas urutan langkah atau tindakan yang perlu dilaksanakan
                   penyelesaian masalah.  oleh komputer agar dapat memperoleh output yang diingini.
                 • menghasilkan
                   pseudokod dan carta    Perkara-perkara penting semasa menulis algoritma
                   alir yang melibatkan
                   gabungan pelbagai      Semasa pembangunan algoritma, perkara-perkara penting yang
                   pilihan dan ulangan.   berikut harus dipenuhi:
                                          (a)  Langkah-langkah dalam algoritma biasanya ditulis dalam
                                             bahasa yang difahami oleh manusia seperti bahasa Melayu,
                                             bahasa Inggeris atau bahasa tabii manusia lain. Rajah 3.1
                                             menunjukkan algoritma menguji kefungsian sebuah lampu.
                  Cuba   Fikirkan            Setiap langkah dinyatakan dalam bahasa Melayu yang
                                             mudah difahami.
                Mengapakah resipi
                makanan, panduan
                atau arahan untuk
                menjalankan aktiviti        1.  Semak sama ada plag dipalam ke dalam soket.
                kehidupan seharian              Jika tidak, palamkan plag ke dalam soket.
                dalam halaman
                68 dan 69 dikenali          2.  Semak sama ada suis soket dipasang. Jika tidak,
                sebagai algoritma?              pasang suis soket.
                                            3.  Pasang suis lampu.
                                            4.  Jika lampu menyala, padam suis lampu dan
                                                melangkau ke Langkah 7.
                                            5.  Jika tidak menyala, semak sama ada mentol terbakar.
                                                Jika mentol terbakar, tukar mentol baharu.
                                            6.  Jika tidak terbakar, baiki litar lampu.
                                            7. Selesai.


                                                    Rajah 3.1  Algoritma menguji kefungsian lampu

                                          (b)  Setiap langkah yang perlu dilaksanakan mesti dihuraikan
                                             dengan jelas. Misalnya, langkah yang menyatakan “pilih
                                             satu nombor yang besar” adalah kurang jelas. Pernyataan
                                             yang lebih baik ialah “pilih satu nombor yang lebih besar
                                             daripada 1000”.

                  70
                         BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   70                                                                      11/11/16   2:46 PM
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84