Page 80 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 80

(c)  Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul. Contoh algoritma berikut
 Pembangunan Algoritma  menunjukkan kepentingan menulis dengan betul urutan langkah yang akan dilaksanakan.
                    Rajah 3.2 menunjukkan murid bersiap sedia ke sekolah menggunakan  Algoritma 1.
                 Algoritma ini membolehkan murid berpakaian kemas untuk pergi ke sekolah.






                                                                                   Cuba   Fikirkan
                         Algoritma 1                                              Apakah kesan jika
                                                                                  suatu algoritma
                  1.  Pakai baju sekolah.                                         yang tidak jelas
                  2.  Ikat tali leher.                                            dilaksanakan oleh
                  3.  Sikat rambut.                                               seorang manusia
                                                                                  ataupun oleh
                  4.  Pakai sarung kaki.                                          sebuah komputer?
                  5.  Pakai kasut sekolah.

                                Rajah 3.2  Murid berpakaian kemas

                    Jika urutan langkah dalam algoritma diubahsuaikan seperti yang ditunjukkan dalam
                 Rajah 3.3, murid yang mengikuti algoritma ini akan kelihatan tidak kemas.








                                     Algoritma 2

                              1.  Ikat tali leher.
                              2.  Pakai baju sekolah.
                              3.  Sikat rambut.
                              4.  Pakai kasut sekolah.
                              5.  Pakai sarung kaki.

                                           Rajah 3.3  Murid tidak berpakaian kemas
                 (d)  Algoritma mesti mempunyai kesudahan tertentu dalam suatu tempoh masa. Dengan kata
                    lain, algoritma mesti menghasilkan output yang bermakna setelah satu set langkah telah
                    dilaksanakan dalam suatu tempoh tertentu.

                 Perwakilan algoritma

                 Algoritma  boleh diwakili  atau dibentuk  dalam pelbagai  cara. Lazimnya, algoritma yang
                 menunjukkan langkah-langkah sesuatu tugasan adalah seperti yang disenaraikan dalam
                 Rajah 3.1 hingga Rajah 3.3. Namun, penggunaan carta alir dan pseudokod lebih lazim
                 digunakan oleh pengatur cara.

                                                                                                   71
                                                                               BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   71                                                                      11/11/16   2:46 PM
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85