Page 84 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 84

Rajah 3.10 dan Rajah 3.11 menunjukkan pseudokod dan carta alir struktur kawalan
                 dwipilihan yang terdapat dalam satu algoritma bagi menentukan dan mencetakkan gred murid.




                                                                   MULA

                                                              Masukkan markah


                   MULA                                                            Ya
                     MASUKKAN markah                            Markah   40?             Cetak “Lulus”
                     JIKA markah   40
                      CETAK “Lulus”                             Tidak
                     JIKA TIDAK                                 Cetak “Gagal”
                      CETAK “Gagal”
                     TAMAT JIKA
                   TAMAT                                           TAMAT
                 Rajah 3.10   Pseudokod bagi menentukan   Rajah 3.11   Carta alir bagi menentukan dan
                           dan mencetakkan gred                   mencetakkan gred

                    Berdasarkan Rajah 3.10 dan Rajah 3.11, bahagian yang ditandakan biru merupakan satu
                 struktur kawalan dwipilihan. Dwipilihan ini mengandungi dua tindakan berlainan sebagai
                 pilihan untuk dilaksanakan, iaitu cetak “Lulus” atau cetak “Gagal”. Syarat yang menentukan
                 apa tindakan yang akan dilaksanakan ialah Markah   40. Jika syarat dipenuhi, misalnya
                 markah bersamaan dengan 65, maka Lulus akan dicetak. Sebaliknya, jika markah bersamaan
                 dengan 39, maka Gagal akan dicetak.
                    Simbol   bermaksud lebih besar atau sama dengan. Pernyataan syarat Markah   40
                 bermaksud markah lebih besar atau sama dengan 40. Simbol   ialah satu contoh pengendali
                 hubungan. Jadual 3.1 menyenaraikan pengendali hubungan lain yang sering digunakan
                 dalam pengaturcaraan.

                                        Jadual 3.1  Pengendali hubungan dan maksudnya

                                  Pengendali hubungan
                                  (Relational operator)               Maksud

                                                           Sama dengan
                                                           Lebih besar daripada
                                                           Lebih besar atau sama dengan

                                                           Lebih kecil daripada

                                                           Lebih kecil atau sama dengan








                                                                                                   75
                                                                               BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   75                                                                      11/11/16   2:46 PM
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89